Thursday, March 14, 2019

SIAPALAH AKU INI- Amy Mastura

Siapalah aku ini Yang ingin memetik cintamu Siapalah seadanya Diriku di sisimu Kau punya segalanya Sedangkan aku insan hina Hidupku penuh dengan kisah duka Antara kita jurang nya berbeza Biarlah, usahlah Bermain dengan api Kelaknya terbakar sendiri Biarlah tersimpan Segala perasaan Rahsia hatiku terhadapmu Siapalah aku

Sunday, May 11, 2014

Biar Diri Ini Bercerita

Akhir-akhir ini perjalanan idup diri ini sedikit sulit dan sukar. Namun untuk mengatakan bahawa idup yang dilalui kini hakikatnya derita dan sengsara, agak terlalu keras radikal.

Hakikatnya setiap hari yang dilalui, diri ini hanya pasrahkan hati..berusaha untuk bermanis muka dan melirik senyum di bibir... Gundah di dalam hati, biarlah.. cukuplah.. hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang tahu..

Hati ini semakin hari dirasakan semakin kering.. semakin gersang.. hati juga dirasakan semakin keras.. tidak lagi selembut dulu.. hmmm... entahlah.. biarlah.. biarlah masa sahaja yang menentukan noktah akhir kekeringan ini..

Mulut juga kian berat untuk menutur bicara.. berdiam diri.. ahh.. berdiam diri lebih baik daripada berkomunikasi yang dihujungnya nanti diri ini juga dipalit buruknya.. diam saja lah.. diam itu indah juga.. kalau bertutur dengan jerit pekik umpama tiada yang baik pada diri ini..

hahaha... memang sukar untuk membuat orang faham cara diri ini berfikir.. cara diri ini melihat.. memang sukar.. tapi... hahaha... cukuplah kalau cuma diri sendiri sahaja yang tahu apa yang diri ini cuba sampaikan.. orang lain tak mampu, tak mahu dan tak berusaha untuk memahami.. adakah itu masih disalahlah diri ini???.. biarlah.. sekurang-kurangnya diri ini sudah berusaha untuk menjelaskan agar yang terang tidak lagi berkabut dan berhabuk...

 Ya Allah... Daku yang lemah dan hina ini merayu dan memohon pada Zat Mu Yang Sempurna.. Janganlah hilangkan hati ini dari mengingati Mu lantaran terlalu memikirkan cerminan dunia.. Cukuplah Engkau bagi ku.. Ya Allah.. Cukuplah Engkau bagi ku...