“Kami menghadapi masalah dua ekstrem dalam organisasi ni,” kata seorang
pengurus bahagian sumber manusia.
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”
“Ekstrem? Fahaman melampau? Militan?” tanya saya bergurau.
“Bukan. Tapi pertentangan antara dua golongan. Satu workaholic dan satu lagi solatholic.”
Saya terkejut dengan istilah itu. Workaholic
memang selalu saya dengar tetapi kalau solatholic itulah kali pertama saya
mendengarnya.
“Encik tahu apa maksud workaholic?” tanyanya.
“Orang yang gila atau mabuk kerja,” jawab saya merujuk kepada makna yang diberi
dalam kamus seperti yang pernah saya baca dahulu.
“Solatholic pula orang yang gila solat!” jelasnya tanpa
dipinta.
“Jadi apa
masalahnya?’
“Dua golongan melampau ini boleh menjejaskan operasi organisasi ini.”
“Bagaimana?”
“Yang workaholic mabuk kerja hingga tinggal solat. Dan encik tentu tahu apa
akibatnya orang yang tinggal solat…”
Belum sempat saya membalas katanya, dia bersuara lagi, “mereka ini kerja beres
tetapi ada masalah dengan rakan sekerja yang lain.”
“Yang solatolic
bagaimana?”
“Rajin solat tetapi kerja tak beres. Kerja sambil lewa. Bagus beragama tetapi
culas kerja.”
“Itu kira tak bagus beragamalah, “pintas saya perlahan.
“Mengapa?”
“Agama itu kan cara hidup yang sempurna? Termasuk solat, kerja dan seluruh
sistem hidup. Jadi, orang yang culas kerja ertinya culas juga beragama. Begitu
juga orang yang rajin bekerja tetapi malas solat. Itu pun tidak sempurna dalam
beragama,” jelas saya agak panjang.
“Bagaimana nak tangani masalah dengan kelompok solatolic
ni?”
“Solatholic
bukan masalah, “ ujar saya.
“Tak masalah kata awak. Orang ini mabuk sembahyang!”
“Apa maksud dengan mabuk sembahyang?”
“Banyak sembahyang?’
“Kalau begitu tak salah mabuk sembahyang sebab nabi Muhammad pun begitu…”
“Maksud awak?”
“Nabi Muhammad terlalu banyak dan lama berdiri solat, sehingga kakinya
bengkak-bengkak. Kalau itu boleh dikatakan solatholic, ya Nabi Muhammad adalah
seorang yang solatholic. Bahkan baginda menganjurkan jika kita hendak
bersamanya di syurga kelak, perlu banyakkan sujud. ”
“Rasulullullah diberitakan bila sujud, seakan-akan tidak mahu berakhir,” tambah
saya lagi.
Pengurus itu
kehairanan. Jelas kelihatan dia jadi serba-salah dengan kata-katanya tadi. Saya
senyum, sambil menepuk bahunya.
“Tapi nabi Muhammad juga workaholic.”
“Baginda juga workaholic?”
“Ya. Bayangkan
bagaimana Rasulullah s.a.w begitu banyak kerja dan urusannya. Mentadbir seluruh
negara, menyusun masyarakat, mengajar, mendidik, memimpin dan pelbagai lagi
tugasan dalam keluarga, masyarakat dan negara.”
“Baginda seorang yang workaholic?”
“Tak tahulah apa yang dimaksudkan dengan istilah workaholic tu tetapi jika itu
bermaksud kerja keras, banyak bekerja dan gigih pula… yang Rasulullah saw
memang begitulah.”
“Jadi seorang itu
boleh jadi solatolic dan dia juga workaholic pada suatu masa yang sama seperti
Rasulullah?”
“Ya, sewajarnya begitu. Cuba dengar apa yang diluahkan oleh Sayidina Umar Al
Khattab insan yang berjaya meneladani Rasulullah s.a.w…”
“Apa katanya?”
“Aku bimbang untuk tidur pada siang hari, takut urusan ku dengan manusia tidak
selesai. Dan aku juga bimbang untuk tidur pada malam hari takut urusan ku
dengan Allah tidak selesai.”
Dia diam.
Benar-benar dalam berfikir.
“Pada siang hari Umar Al Khattab seorang yang workaholic dan pada malam harinya
pula dia seorang yang solatolic. Itu maksud awak?”
“Pray hard, work smart. Begitulah kira-kiranya.” Saya mengiakan.
“Bagaimana boleh jadi begitu? Apa yang saya faham solatolic dan workaholic
tidak mungkin bersatu pada diri seorang manusia. Kalau dia solatolic, secara
automatik dia bukan workaholic. Begitulah sebaliknya.”
“Tidak begitu.
Bekerja adalah satu ibadah… ibadah umum namanya. Manakala solat juga satu
ibadah. Ia ibadah yang khusus dan asas. Kedua-duanya dituntut oleh Islam untuk
dilaksanakan. “
“Ada kaitan antara ibadah asas dan ibadah umum? Maksud saya antara solat dan
kerja?”
“Ibadah asas itu banyak berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah. Ibadah
umum pula berkaitan dengan hubungan kita sesama manusia.”
“Ada kaitan tidak?” tanyanya sekali lagi.
Saya diam.
Berfikir sejenak.
“Orang yang paling kuat hubungannya dengan Allah dialah yang juga paling kuat
hubungannya sesama manusia.”
“Kenapa?”
“Sebab kesan daripada kuat hubungan seseorang dengan Allah akan memberikan dia
satu ketulusan dan kekuatan untuk berhubung sesama manusia. Solat akan memberi
satu tenaga, semangat dan kekuatan dalam bekerja.”
“Bagaimana?”
Saya mula diasak
dengan soalan bertubi-tubi. Tapi saya akur, bukan maksudnya untuk berbahas. Tetapi
didorong oleh rasa ingin tahunya yang semakin tinggi.
“ Solat akan memberikan kita ketenangan hasil mengingati Allah. Solat akan
mencegah daripada kejahatan dan kemungkaran. Cuba lihat rukun fik’li, qauli dan
qalbi semasa mengerjakan solat… Bukankah semua itu mendidik kita agar bersih,
menepati waktu, amanah, bercakap dan berbuat yang dibenarkan sahaja? Kesan
solat yang sempurna akan memberikan kekuatan, keberkesanan dan kecekapan dalam
bekerja,” terang saya satu persatu.
“Tetapi kenapa ada yang solatolic tetapi malas bekerja?”
“Tentu ada yang salah dengan solatnya. Mungkin solat itu dilaksanakan
berdasarkan ritual semata-mata. Tidak difahami makna, tuntutan dan tujuannya. Itu
solat yang tidak berjiwa. Umpama bangkai yang tidak bernyawa. Solat semacam itu
tidak akan memberi kesan apa-apa pada perlakuan dan pekerjaan selepas
mengerjakannya.”
“Hairan pula
kenapa yang workaholic tetapi malas solat?’
“Sebabnya sama sahaja. Jika golongan pertama tadi mengerjakan solat tanpa
kefahaman dan penghayatan, golongan kedua ini pula enggan mengerjakan solat
kerana tidak nampak apa manfaat solat dalam kehidupan mereka… apatah lagi pada
pekerjaan mereka. Solat dan kerja terpisah. Itu anggapan mereka.”
“Jadi bagaimana
mengatasinya?”
“Golongan rajin solat mesti disedarkan, difahamkan dan dididik untuk bekerja
kerana kerja itu satu ibadah. Tanda akrabnya seorang dengan Allah adalah
banyaknya dia berkhidmat untuk manusia. Sayidina Umar pernah mengusir
sekumpulan lelaki yang asyik duduk di dalam masjid tetapi tidak bekerja.”
“Bagi golongan workaholic pula?”
“Mereka mesti juga melalui proses yang sama yakni menyedari bagaimana solat itu
akan memberi kekuatan dan ketenangan semasa bekerja. Ingat, tadbir kita walau
sekuat atau sebijak mana sekalipun masih tertakluk kepada takdir Allah yang
Maha Besar.”
Dan bagi mereka
yang workaholic ini juga, kita perlu berikan peringatan, “ jangan nanti stres,
kecewa dan keletihan melanda kita kerana keterlaluan memerah keringat atau
mengasah fikiran. Solat perlu kerana ia memberi satu kerehatan dan penyembuhan
kepada keletihan jiwa dan jasad. Lagipun rugi, jika solat ditinggalkan kerja
mereka yang banyak itu tidak akan dikira sebagai ibadah. Hanya dapat laba
tetapi kosong pahala. Ingat, solat itu kepala ibadat. Tanpa solat, segala
amalan yang lain tidak akan diterima Allah.”
“Jadi tidak salah menjadi workaholic dan
solatholic jika kita memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sempurna. Bahkan
kita memang dituntut begitu. Bukankah begitu?”
Saya mengangguk.
“Workaholic untuk manusia, solatolic untuk Allah?”
“Yang paling tepat ialah bekerja kerana Allah untuk
manusia!”
“Apa dia ungkapan yang awak katakan tadi?”
“Yang
mana satu?” saya sendiri sudah terlupa.
“Pray hard, work smart!”
“Orang yang solatolic seharusnya menjadi orang
yang workaholic. Solat akan membentuk orang yang mampu bekerja keras. Orang
yang workaholic perlu melaksanakan solat, agar mendapat kekuatan, ketenangan
dan mencegahnya daripada penyelewengan seperti rasuah, penindasan dan
perbalahan sewaktu melaksanakan kerjanya.”
“Pemikiran ini akan saya sampaikan untuk meredakan
konflik antara solatolic dan workaholic dalam organisasi ini!” ujarnya gembira.
Saya senyum lebar
akhirnya. Alhamdulillah, semoga semuanya persoalan tadi dapat diselesaikan
dengan jelas dan tuntas. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kesedihan yang
berbekas. Ya, jelas sekali betapa hubungan yang sinergi dan serasi antara solat
dengan kerja sudah semakin kabur dalam diri umat ini. Bukan sahaja dalam
amalinya bahkan dalam teorinya. Benarnya seperti yang selalu diungkapkan, Islam
bukan sahaja agama yang paling disalahertikan oleh bukan Islam malah oleh umat
Islam sendiri!
KREDIT2GENTARASA
KREDIT2GENTARASA

No comments:
Post a Comment