Soalan
Saya ingin
bertanya mengenai produk kosmetik yang mengandungi emas adakah menyerupai
pemakaian susuk? setahu saya pemakaian susuk memerlukan seorang dukun atau
bomoh. pada pandangan saya produk kosmetik sebegini macam tak sama dengan susuk
tapi saya memerlukan penjelasan dari orang yang lebih arif.
Jawapan
Namun,
hari ini muncul satu lagi bentuk produk kecantikan wajah yang dikatakan semakin
mendapat tempat di kalangan wanita khususnya. Saya kira soalan di atas adalah
berkait dengan produk kosmetik baru tersebut.
Produk
kecantikan kulit wajah yang menggunakan serbuk emas 24 karat sebagai salah satu
dari unsur kandungannya.
Menurut
maklumatnya, produk ini juga dikatakan sesuai bukan sahaja untuk wanita tetapi
juga bagi semua peringkat umur baik wanita dan lelaki, ia dipromosi sebagai
berkesan untuk perawatan kulit dan dapat membantu menghilangkan jerawat,
jeragat, mengurangkan kedut, mencerahkan kulit yang kusam serta menjadikan
kulit lebih halus, mulus dan berseri.
Laporan
tersebut juga menyatakan antara kandungannya adalah serbuk emas 24 karat yang
boleh menghasilkan nutrisi untuk kulit menjadi lebih berseri dan tegang.
Ia datang
dalam pelbagai bentuk produk seperti sabun muka, tonik muka, pelembap, krim
pelindung matahari dan krim malam yang berharga di antara RM75 hingga RM120
bagi setiap produk.
Tak seperti facial pada
umumnya, facial serbuk emas merupakan metode pembersihan kulit wajah dari
kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang telah diubah
menjadi gel, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun efek samping
lainnya.
Demikian dikatakan Yohana
Frida Chrisanty, pemilik sekaligus terapis Gracia Beauty Care yang berlokasi di
Pangrango Plaza Lt.1 SA 25 kepada Jurnal Bogor, kemarin.
Dikatakan Santy, sapaan Yohana Frida Chisanty, butiran emas yang sudah menjadi
gel tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. "Jika melakukan facial dengan
serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah," ujar istri
Paulus Indra itu.
Ada beberapa tahap dalam
pengerjaan facial serbuk emas. Pertama wajah dibersihkan dulu dengan
menggunakan facial foam. Kedua,
dilakukan peeling dengan menggunakan serbuk emas untuk mengangkat sel kulit
mati. "Di salon ini, serbuk emas digunakan pada peeling, vitamin, scrub,
dan masker wajah," ungkapnya.
Setelah proses peeling
selesai, wajah diberi scrub sambil diberi pijatan agar kulit wajah lebih halus.
Untuk proses peeling dan scrubing masing-masing dilakukan selama sepuluh menit.
"Usai dibersihkan dari scrub, wajah akan diberi uap air kurang lebih
selama sepuluh menit untuk membuka pori-pori kulit sehingga terjadi
detoksifikasi atau pengeluaran racun.
ADAKAH IA
SAMA DENGAN SUSUK?
Memang
benar, susuk mempunyai campur tangan ilmu hitam, mantera seperti sihir. Namun
perlu diingat susuk bukan semata-mata menjadi haram hanya disebabkan oleh
campurtangan ilmu hitam tersebut, tetapi juga kerana salah guna metal bernilai (precious metal) emas untuk tujuan yang tidak
diharuskan oleh Islam dan pelbagai sebab lain.
Jika
demikian apakah status hukum bagi produk yang menggunakan serbuk emas ini?
Bagi
mengetahui status hukumnya, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu
dilihat iaitu :-
1) Isu penggunaan emas sebagai hiasan.
2) Penggunaan emas untuk perubatan.
3) Adakah terdapat unsur mengubah ciptaan Allah demi
kecantikan ?
4) Status halal kandungan produk yang lain.
5) Mana lebih dominan, untuk kecantikan atau perubatan?
6) Kos produk yang jatuh dalam kategori membazir?
7) Isu menutup tanda ketuaan secara salah.
8) Status kesan sampingan dan mudarat kepada wajah dan
tubuh.
9) Penggunaannya untuk lelaki.
Itulah
antara item yang perlu difahami dalam melihat pandangan Islam dalam penggunaan
serbuk emas ini. Tanpa kajian menyeluruh berkenaan kesemua item di atas, sukar
untuk menentukan hukum penggunaan serbuk emas ini dengan tepat. Untuk
membincangkan semua isu di atas ia bakal mengambil masa yang panjang untuk
kajian, huraian dan penulisan. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh kesemuanya.
Jawapan
ini hanyalah memulakan perbincangan hukum dalam hal ini, saya akan sertakan
beberapa point secara ringkas serta padat, tidak memberatkan dan tidak pula
terlalu ilmiah, terhadap beberapa perkara di atas. Walaupun ia mungkin belum
cukup kuat untuk membuat satu kesimpulan hukum, namun ia boleh dijadikan
panduan bagi mereka yang ingin mendalamkan lagi perbincangan.
1) ISU PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI HIASAN.
Nabi s.a.w
menegaskan menggunakan emas sebagai perhiasan selain
pemakaian di tubuh wanita, adalah
diHARAMKAN bagi lelaki dan wanita:-
لَا تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ
وَالْفِضَّةِ ، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَكُمْ فِي الْآخِرَةِ
Ertinya :
Jangan kamu minum di dalam bekas emas dan perak, kerana cara itu adalah amalan
mereka (kafir) dan untuk kamu kelak di akhirat sahaja ( Riwayat Al-Bukhari
& Muslim)
Hasil
daripada hadis ini, majoriti ulama berfatwa bahawa penggunaan emas sebagai
hiasan seperti di pinggan, mangkuk, sudu, tepak sirih, tombol pintu, buku, al-Quran,
jam, pen dan sebagainya adalah DIHARAMKAN bagi lelaki sepenuhnya.
Namun demikian khas untuk wanita, apa sahaja
perhiasan yang digunakan di tubuhnya seperti rantai, gelang, cincin, jam emas
adalah dibenarkan.
As-Syeikh Ibn Nujaim Al-Hanafi berkata :-
إذا ثبت - يعني التحريم - في
الشرب : فالأكل كذلك ، والتطيب ، لاستوائهم في الاستعمال ، فيكون الوارد فيها يكون
واردا فيما هو في معناها ، ولأنها تنعم بتنعم المترفهين والمسرفين وتشبه بهم
Ertinya :
Apabila terbukti haram untuk minum darinya (emas), maka makan juga termasuk di
dalamnya, demikian juga berhias dengannya disebabkan sama taraf penggunaannya,
maka apa yang disebutkan (oleh hadis) itu akan terkena bagi semua yang sama
ertinya dengannya, disebabkan semuanya memberi sifat kemewahan berlebihan,
pembaziran dan menyerupainya.[2]
Ibn Qayyim pula menegaskan :-
وهذا التحريم لا يختص بالأكل والشرب ، بل يعم سائر وجوه الانتفاع ،
فلا يحل له أن يغتسل بها ، ولا يتوضأ بها ، ولا يدهن فيها ، ولا يكتحل منها ، وهذا
أمر لا يشك فيه عالم
Ertinya : Pengharaman ini tidak terhad kepada makan dan minum ( di
dalam bekas emas ) sahaja, malah ia juga termasuk segala jenis bentuk
penggunaannya, maka tidak halal mandi darinya, berwudhu, meletak lemak atau
minyak masak padanya, bercelak darinya, ini semua perkara yang tidak ragu lagi
akan hukum haramnya. [3]
Syeikh al-Bahuti al-Hanbali dan
Ibn Mufleh menambah lagi penggunaan emas yang diharamkan seterusnya seperti di
lampu, katil, kerusi, kasut, sudu, pintu, atap dan sebagainya.[4]
Walaupun semua isu di atas
memperincikan perihal penggunaan emas sebagai perhiasan, bagaimana pula jika
wanita menggunakannya untuk perhiasan di wajahnya?
Jawapannya, ia adalah halal,
namun bagaimana pula jika emas tersebut meresap melalui penggunaan gel atau
krim beserbuk emas ke dalam tisu wajahnya?. Adakah ia masih termasuk dalam kategori
berhias yang dibenarkan atau tidak?
Kerim atau
gel itu akan menjadi haram bagi lelaki disebabkan sabdaan Nabi :-
عن
علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ حريرا فجعله
في يمينه، وأخذ ذهبا فجعله في شماله، ثم قال: إن هذين حرام على ذكور أمتي
Ertinya :
Dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengambil sutera dan
diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu
berkata : kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di
kalangan umatku ( Riwayat Abu Daud : sanad yang baik)
Namun bagi wanita, di sana mungkin akan wujud ilmuan Islam yang berpendapat ianya
adalah diharuskan kerana ia masuk tergolong di dalam kategori perhiasan fizikal
wanita. Cuma
sedikit perbezaannya, yang disepakati harus di kalangan ulama adalah perhiasan
luaran, tetapi dalam kes ini, ia telah menjadi perhiasan dalaman.
2)
PENGGUNAAN EMAS UNTUK PERUBATAN
Dalil yang
paling jelas dalam hal ini adalah hadis berikut :-
عن
عرفجة بن أسعد: أصيب أنفي يوم الكلاب في الجاهلية فاتخذت أنفاً من ورق فأنتن علي
فأمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أتخذ أنفاً من ذهب
Ertinya : Daripada
‘Arfajah Bin As'ad : Hidungku telah tercedera ( terpotong) di hari peperangan
Al-Kulab maka aku meletakkan kertas bagi menutup ruang hidung, namun ia berbau
busuk lalu Nabi s.a.w telah mengarahkanku agar mengambil emas sebagai hidung
(palsu). [5]
Jelas dari hadis di atas,
diharuskan menjadikan emas sebagai salah satu alat bagi tujuan perubatan. Namun
demikian, perlu diingat bagaimana keharusan yang diberikan oleh nabi kepada
sahabat ini adalah di ketika keperluan yang sangat mendesak, iaitu ketiadaan
hidung dan ia sudah berbau. Ditambah pula di zaman itu, tiada kemudahan dan
kepakaran untuk menggunakan bahan lain seperti plastik dan lain-lain yang lebih
sesuai. Nescaya di ketika wujudnya bahan lain yang boleh berfungsi dengan
berkesan, ia adalah lebih baik berbanding menggunakan emas.
Disebutkan oleh para ulama:-
رخصّ النبي صلى الله عليه وسلم
في استعمال الذهب في التداوي حالة الضرورة كستر عيب أو إزالة تشوه.
Ertinya : Nabi memberikan keringanan untuk
menggunakan emas dalam hal perubatan di ketika terdesak seperti untuk menutup
rasa aib yang teruk dan membuang kecacatan.
Juga telah diriwayatkan
oleh At-Tabrani dan Ahmad, bahawa dibenarkan untuk mengikat gigi dengan emas
atau bergigi emas.[6]
Kaitannya dengan isu serbuk emas, jika benar
ia adalah untuk tujuan perubatan, persoalannya adakah di sana tiada cara
neutral menggunakan herba, tumbuhan dan lain-lain yang lebih murah?
Adakah
wajah si wanita dan lelaki itu terlalu teruk sehingga memerlukan penggunaan
serbuk emas ini atau ia hanya tergolong dalam PENAMBAHAN kecantikan dan bukan
perubatan?.
3) ADAKAH TERDAPAT UNSUR MENGUBAH CIPTAAN
ALLAH DEMI KECANTIKAN ?
Telah
jelas daripada dalil AL-Quran dan Al-Hadis, sebarang pengubahan ciptaan Allah
adalah diharamkan.
Isu
mengubah ciptaan Allah SWT terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras
sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan
alasan untuk kelihatan cantik atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.
Dalil yang
mengharamkan adalah ayat 117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman
yang bermaksud:
"Apa yang mereka sembah
selain daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah
melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi
sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu
(untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka
(daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan
angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan
binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan
menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'
Ulama tafsir memiliki tiga
pendapat mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah
ditetapkan Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia;
mengubah tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari
sebagai tuhan dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan
Allah serta sebaliknya.
Bagaimanapun jika ia dilakukan
dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus
dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh
yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada
kejadian tubuh manusia normal.
Terdapat
juga hadith yang menyebut :
لعن
الله الواشمات والمستوشمات، والنامصات والمتنمصات، والمتفلجات للحسن المغيرات خلق
الله
Ertinya :
"Allah melaknat perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang
mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya
UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat
Al-Bukhari)
Ibn Hajar
Al-Asqolani berkata:-
فْهَم
مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَة مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْن فَلَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ
مِثْلًا جَازَ
Ertinya : tindakan itu tercela
dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk kecantikan, namun kiranya ia
memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan [7]
Imam An-Nawawi pula sebelum itu
mengulas :
وَهَذَا
الْفِعْل حَرَام عَلَى الْفَاعِلَة وَالْمَفْعُول بِهَا لِهَذِهِ الْأَحَادِيث , وَلِأَنَّهُ تَغْيِير
لِخَلْقِ اللَّه تَعَالَى , وَلِأَنَّهُ تَزْوِير
وَلِأَنَّهُ تَدْلِيس
Ertinya : Perbuatan ini haram ke atas pelanggan yang membuat dan
pihak yang menyediakan khidmat
berdasarkan hadis ini, dan KERANA ia adalah
pengubahan ciptaan Allah, dan KERANA ia juga
satu perdayaan dan penipuan.
(Syarah Sohih Muslim)
Apa kaitan
dengan serbuk emas? Sebagaimana telah disebutkan, perlu diteliti sama ada
penggunaan krim atau gel itu akan menghilangkan kedutan kulit normal manusia,
sehingga kulit yang biasa kedut pada umur tertentu tidak lagi berkedut secara
tidak tabie, sama seperti pembedahan plastik, susuk dan botoks. Jika perubahan
itu berlaku secara tidak normal melalui yang mengandungi produk serbuk emas
itu, ia akan jatuh HARAM. Jika ia berjaya dibuktikan produk itu hanya
meningkatkan kesihatan kulit secara normal dan sihat, tatkala itu ia akan
dikira HARUS.
Proses
menentukan status ini, mestilah dirujuk dan dibincang dengan para doctor
perubatan dan ahli sains yang berkaitan.
4) MANA LEBIH DOMINAN, UNTUK KECANTIKAN ATAU
PERUBATAN?
Ini
perkara yabg sangat perlu di kenal pasti, dan boleh sahaja memberikan status
hukum yang berbeza mengikut individu dan situasi. Bermakna, bagi sesetangah
indiivdu yang wajahnya mempunyai jerawat dan kerosakan kulit yang terlalu
teruk, penggunaan ini tentunya menjadi HARUS kerana ia tergolong dalam hal
perubatan. Namun begitu, bagi sesetengah indivud lain yang kulitnya hanya
berkedut normal, atau sedikit kurang licin, tatkala itu penggunaan produk ini
menjadi amat syubhat dan boleh tergolong di dalam katgeori mereka yang tidak
bersyukur dengan kurniaan Allah serta ingin mengubahnya bagi menambah
kecantikan.
5) KOS PRODUK YANG JATUH DALAM KATEGORI
MEMBAZIR?
Wang dan harta adalah
amanah Allah ke atas diri. Firman Allah swt :
"Kepunyaan Allah-lah
apa yang di langit dan yang di bumi. Sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha Kaya
lagi Maha Terpuji." (Luqman: 26)
Firman Allah lagi yang
menunjukkan semua harat ini adalah milik Allah :
وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ
الَّذِي آتَاكُمْ
Ertinya : dan berikanlah kepada mereka sebahagian dari harta Allah
yang dikaruniakan-Nya kepadamu ( An-Nur : 23)
Nabi s.a.w bersabda :-
إن
الدنيا حلوة خضرة. وإن الله مستخلفكم فيها، فينظر كيف تعملون
Ertinya : Sesungguhnya dunia
ini penuh indah dan hijau, dan Allah swt melantik kamu sebagai pengusahanya dan
sentiasa melihat bagaimana kamu perlakukan (Riwayat Muslim)
Sebarang penggunaan harta
mestilah dilihat kepada keperluan yang bertepatan dengan neraca yang diredhai
oleh Allah selaku pemilik seluruh harta. Kita hanya memegang amanah Allah ini.
Justeru, membelanjakan wang yang banyak untuk berlebihan dalam kecantikan
fizikal sehingga melupakan tempat jatuhnya pandangan Allah iaitu hati dan
amalan, adalah tergolong tercela menurut pandangan Islam.
6) MENUTUP TANDA KETUAAN SECARA MENYONGSANG
ARUS.
Selain itu, syariat turut
mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan sama ada menerusi
pembedahan plastik atau penggunaan botox yang menukarkan wajah yang tua kepada
muda.
Tujuan
Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas
dari hadith Nabi SAW :
"Tukarlah
ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
Hadith
larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang
dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan
lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
Seperti botox yang biasanya
digunakan oleh wanita atau lelaki ketika kulit mereka sudah memperlihatkan
tanda-tanda ketuaan, maka bagi mengekalkan rupa yang muda, mereka melakukan
proses botox, pembedahan plastik dan lebih teruk lagi susuk dengan sihir.
Kini, muncul apa yang dinamakan
oleh sebahagiannya sebagai susuk moden, berupa kosmetik gel dan krim yang
mempunyai serbuk emas. Jika krim
ini berfungsi secara menyongsang arus normal, ia pasti akan tergolong juga di
dalam kategori HARAM tanpa syak lagi. Ia
disebabkan unsur penipuan yang perdayaan umur yang berlaku.
KESIMPULAN
Sebagaimana
yang saya sebutkan diawal artikel, tulisan ini sahaja tidak cukup untuk
menentukan status hukum yang tepat bagi penggunaan kosmetik yang mengandungi
serbuk emas, namun demikian, saya mengharapkan agar tulisan ringkas dan padat
ini dapat memberi sedikit gambaran akan beberapa perkara penting yang akan
dinilai oleh para ulama dalam mengenalpasti pendirian Islam dalam perkara baru
seperti ini.
Sebarang
perbincangan dan maklumat boleh dikongsi di ruangan komen. Semoga ia dapat
memandu kita ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah swt.
Sekian,
[5] Talkhis al-habir, Al-Haithami, 2/340 : ulama berbeza pendapat
berkenaan sambungnya hadis ini, Ibn HIbban & menilainya sebagai sohih;
At-Tirmizi : Hasan

No comments:
Post a Comment